Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Up ]

 

Cabaran

Terdapat beberapa isu dan masalah dapat dijangka jika pokok-pokok herba ditanam secara meluas sebagai landskap rumah atau di kawasan awam. Adalah dikhuatiri, tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan akan memberi peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab mencuri tumbuhan tersebut. Sebagai contoh yang pernah berlaku di Taman Herba MARDI, kebanyakkan pokok herba di situ tidak diletakkan label kerana terdapat kes pelawat-pelawat yang mencuri tumbuhan herba tersebut.

Selain itu, dikhuatiri juga penanaman herba di kawasan bandar yang terdedah kepada faktor pencemaran akan menyebabkan tumbuhan herba tersebut tidak selamat digunakan. Orang awam yang tidak mengetahui secara mendalam akan faktor keselamatan atau penggunaan sesuatu herba tersebut juga dikhuatiri akan terdedah kepada risiko bahaya dalam penggunaannya.

 

Kelebihan
Cabaran