Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Up ]

 

HERBA BERACUN

Kebanyakan pokok tempatan berasal dari hutan rimba yang dibiakkan secara komersial. Kecantikan pokok ini memang tidak dapat dinafikan namun pengguna terutama yang mempunyai anak kecil di rumah mungkin tidak menyedari tanaman herba yang dibeli untuk ditanam mungkin beracun dan boleh mendatangkan kemudaratan.

Berikut adalah beberapa jenis herba yang beracun.

Jenis Pokok Keterangan
Bintangur Laut

Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.
Bakung

Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.
Balung ayam

Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.
Seri pagi

Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan
Kemunting cina

Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.
Sesudu

Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-mntah dan diarea yang teruk.

Herba Hiasan
Herba Berkhasiat
Herba Beracun