Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Up ]

 

 

HERBA BERKHASIAT

Herba tempatan sebenarnya terlalu banyak khasiat yang tersembunyi. Siapa sangka pokok tempatan seperti pokok Tapak Sulaiman amat mujarap untuk merawat penyakit sifilis. Untuk penawar barah, carilah pokok Tapak Sembilan dan untuk merawat penyakit Hernia atau angin pasang, carilah pokok Temesu. Hebat sungguh ciptaan tuhan. Setiap penyakit di dunia ini ada juga penawarnya dari sumber tumbuhan herba.

Berikut adalah beberapa jenis herba dan khasiatnya.

JENIS HERBA KHASIAT HERBA
Beluntas

Boleh dibuat sebagai ulam dan dapat membantu menghilangkan sengal-sengal tulang serta sakit pinggang
Bebuas

Boleh mengurangkan angin dalam badan, menambahan susu ibu, mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman
Pandan

Rambut akan menjadi bersih, lebat  dan di samping itu dapat menyejukkan kepala
Lilipan

Getah lilipan di bahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah dan mengurangkan pembengkak bisul

Herba Hiasan
Herba Berkhasiat
Herba Beracun