Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Koleksi herba ] Tip Taman Herba ]

 

Landskap Herba

Seni tanaman landskap dipercayai sudah wujud sekian lama seperti lamanya kewujudan manusia. Walau bagaimanapun, trend penanaman herba secara perladangan dan tanaman hiasan adalah masih baru. Ia bermula sebagai kebun herba di belakang rumah untuk tujuan kegunaan harian dan berkembang menjadi taman-taman herba yang kecil untuk kegunaan khasiat perubatannya. Kebanyakkan tumbuhan landskap yang terdapat di bandar-bandar adalah merupakan tumbuhan ornamental yang mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik.

Tidak banyak tumbuhan aromatik dan herba yang digunakan sebagai sebahagian daripada tanaman landskap. Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tummbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi negara ini. Faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mewujudkan taman herba adalah bergantung kepada kegunaan dan kesesuaian jenis pokok mengikut keperluan seseorang itu sendiri. Menurut Encuk Tajuddi dari Institut BioSains  UPM, turut menyarankan agar pembinaan landskap itu perlu mempunyai konsep tertentu seperti, pokok yang berwarna di hadapan kemudian diikiti pula dengan pokok yang beraroma dan pokok yang menghijau di belakang. Gambarajah di bawah merupakan contoh pelan taman herba.

 

Contoh pelan herba