Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Up ]

 

 

 

HERBA UNTUK PERUBATAN

 

Terdapat pelbagai khasiat perubatan yang boleh kita gunakan dari tumbuhan herba. Antara tumbuhan tersebut ialah:

Mas cotek: Ia boleh mengubati sakit kepala, keputihan, perjalanan darah yang tidak betul, menghilangkan bau peluh, penyakit lelah dan buasir.

Cekur emas: Ia boleh menguatkan sistem pertahanan badan dari jangkitan penyakit. Bagi kaum perempuan ia boleh mengubati penyakit tekanan darah rendah.

Gajah berang: Ia boleh merawat patah tulang (ambil 10 - 15 helai daun dan ditumbuk lalu ditampal pada anggota badan yang patah juga diambil sedikit daunnya untuk dimakan).

Pokok kesing: Daunnya biasa digunakan untuk memasak bersama-sama ikan sungai ataupun sambal ikan bilis. Daun yang direbus boleh dibuat mandian dan amat baik untuk membuang angin di dalam badan.

Pokok putat: Ia boleh merawat penyakit resdung dengan mengambil kulit pokok kemudian dijemur lalu dibakar seperti kemenyan lalu diperasap pada muka.

Pokok ceraka: Ia boleh digunakan untuk menjarangkan anak

Pokok teja: Amat mujarab untuk merawat sakit urat iaitu dengan cara merebus akar dan batang pokok ini, kemudian diminum.

Mengkunyit: Ia boleh merawat penyakit malaria dengan akar mengkunyit direbus dan diminum.

Tunjuk langit: Boleh merawat mata rabun dengan merebus ubinya dan diminum.

Ari-ari: Boleh mengubati penyakit kayap dengan menumbuk ubi pokok ari-ari lalu ditempekkan ke bahagian yang ada kayap. Selain itu, ia juga amat mujarab untuk sembelit.

Tapak Sulaiman: Ia boleh merawat penyakit sifilis dan penawar bagi barah

 

Perubatan
Gubahan