Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Kelebihan ] Cabaran ]

 

POTENSI HERBA

Tanaman herba bermula sebagai kebun herba di belakang rumah untuk tujuan kegunaan harian dan berkembang menjadi taman-taman herba yang kecil untuk kegunaan khasiat perubatan. Di Malaysia, taman-taman herba dikebanyakkan pusat penyelidikan seperti di MARDI, FRIM, UPM dan Rimba Ilmu di Universiti Malaysia. Kerajaan negeri seperti Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor turut mengambil inisiatif dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan herba dan kegunaan tradisi dengan membina taman herba untuk dikunjungi oleh orang ramai. Adalah amat membanggakan juga didapati banyak sekolah turut mewujudkan taman herba di kawasan sekolah mereka sebagai salah satu aktiviti pelajaran.

Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tumbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi di negara ini. Persekitaran yang sesuai perlu diaptasi untuk menanam tumbuhan herba sebagai tumbuhan hiasan terutamanya di kawasan bandar yang persekitarannya amat jauh berbeza daripada sistem - eko perhutanan asal. Faktor persikataran yang perlu diambil kira termasuklah faktor perlindungan, tahap pencemaran, pengairan, perkembangan akar dan daun untuk menjadikan faktor persekitaran hampir sama dengan habitat asal.

Salah satu idea dan usaha yang baik adalah mewujudkan kombinasi tumbuhan herba dan tumbuhan ornamental serta ditambah dengan elemen seperti kolam kecil, air pancutan dan pondok pergola. Konsep ini telah berjaya diketengahkan di Bali, Indonesia dan popular juga di kalangan orang Barat dan Asia.

 

Faq

 

Kelebihan

  Cabaran