Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Up ]

 

 

PUSAT PENYELIDIKAN PERUBATAN HERBA (HMRC)

 

Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC) telah ditubuhkan berikutan pembubalan semula struktur Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dalam tahun 2001. Susunan ini telah membawa arah dan komitmen yang baru untuk Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penyelidikan dan usaha pembangunan perubatan herba tradisional.

Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber asli, maka adalah wajar untuk kita meneroka pemberian alam ini dengan cara yang lebih teratur serta sistematik. Hanyalah melalui penyelidikan, mampu menghasilkan maklumat yang begitu bernilai untuk menyokong pertumbuhan industri perubatan herba yang kini kian popular dan pesat berkembang.

Penyelidikan berkaitan produk-produk herba juga seharusnya dijalankan secara menyeluruh. Adalah termaktub di bawah piawai pengawasan bertaraf atau peringkat antarabangsa untuk menyediakan bukti-bukti saintifik keberkesanan sesuatu produk sebelum ia diluluskan serta disahkan selamat digunakan. Usaha penilaian taraf keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk perubatan herba merupakan sebahagian dari aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan HMRC bagi memajukan industri produk asli atau perubatan berasaskan herba di negara ini.

 

Pusat Aroma Terapi
Pusat Penyelidikan Perubatan Herba