Make your own free website on Tripod.com

 

HERBA
Herba Flora Pusaka


Home ] Up ]

 

TIP TAMAN HERBA

Kebiasaannya, taman herba diwujudkan berasaskan konsep tema sebagai kulinari atau perubatan. Walaupun ia mempunyai kurang nilai estetik dengan kombinasi yang betul, anda boleh mewujudkan suasana landskap herba yang dramatik.

Berikut adalah antara tips yang berguna bagi anda:

Tip 1: Kaji sifat-sifat fizikal setiap herba secara individual dari aspek pembungaan, warna, tinggi, tekstur, corak pertumbuhan. Sebagai contoh, salah satu jenis daun selasih yang mempunyai warna ungu terang serta mengeluarkan aroma yang segar.

Tip 2: Wujudkan kombinasi yang efektif. Sebagai contoh, menanam tumbuhan herba yang berbeza dari segi warna secara berhampiran untuk mewujudkan warna yang harmoni.

Tip 3: Pilih warna tema (biru dan ungu, hijau dan kuning, merah dan jingga, warna lembut dan sebagainya). Cuba elakkan penggunaan lebih daripada tiga warna yang berbeza di kawasan taman anda. Terlalu banyak warna akan mewujudkan suasana taman yang serabut.

Tip 4: Bina kesinambungan dengan mengenal pasti tempat yang sesuai untuk menanam setiap herba yang berbeza. Tanam mengikut ketinggian di mana pokok rendah di hadapan manakala pokok tinggi diletakkan di belakang.

Tip 5: Susun secara berkelompok. Tumbuhan herba nampak lebih dramatik dengan kesan visual yang lebih menarik jika ditanam secara berkelompok berbanding dengan sebaliknya.

Tip 6: Wujudkan aroma dan bauan yang wangi dan menyegarkan dengan menempatkan secara strategik di kawasan taman tersebut. Letakkan tumbuhan herba yang mempunyai bau yang wangi berhampiran jalan atau depan rumah di mana bauan yang wangi itu dapat dihidu apabila kawasan tersebut dilalui.

 

Koleksi herba
Tip Taman Herba